salam

banner

Sabtu, 4 September 2010

Sape nak naik Ramadhan Airlines?? Angkat tangan!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




TEKA-TEKI

Ramadhan Airlines sedang melakukan penerbangan.


Ramadhan Airlines ni syarikat penerbangan baru ke? Negara mana?he3…Sebelum tu sila perhatikan ayat di bawah…,




Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 di atas bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan kepada mereka yang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa”

Jadi apa kaitannya Ramadhan Airlines dengan ayat di atas?? Sebenarnya Ramadhan Airlines ialah satu analogi kepada apa yang sedang kita alami sekarang iaitu PUASA. Penerangannya macam ni, Ramadhan Airlines ialah sebuah syarikat penerbangan yang akan membawa penumpangnya ke sebuah pulau dengan berpandukan sebuah kompas sebagai penunjuk jalan yang betul malah tepat ke arah pulau tersebut.
Dengan menggabungkan ayat di atas dengan cerita penerbangan tersebut, cuba teka ape itu Ramadhan Airlines, kompas dan pulau?
·         Ramadhan Airlines                : Bulan Ramadhan
·         Pulau (tempat tuju@tujuan)   : TAQWA
·         Kompas                                 : Al-Quran

Ini lah jawapannya..!!


SUBHANALLAH!! MASYA ALLAH!!

-kelihatan muslim sedang bersujud kepadaNYA-Subhanallah!!

Umat Islam diseluruh dunia berjumlah 1.57 bilion! Begitu ramainya umat Islam. Cuba bayangkan jika semua umat Islam ini mendapat status TAQWA selepas habisnya Ramadhan ini? Semuanya berubah menjadi baik dan soleh...Subhanallah!! Tentu hebatkan??
Tetapi apa yang biasa terjadi dan mengikut keadaan semasa, tidak mungkin semua umat Islam ini akan mendapat status TAQWA. Hanya sebahagian daripada mereka sahaja yang mendapat status tersebut. Boleh jadi hanya segelintir sahaja. Kenapa perkara ini terjadi??? Masya ALLAH!



KEBAIKAN DIIRINGI KERUGIAN!!

frust!! frust!!

Kenapa begitu pula? Di situ kebaikan..di situ juga terdapat kerugian? Bukankah KEBAIKAN diiringi dengan MANFAAT? bukannya KERUGIAN..
Kalau kita perhatikan pada setiap kali Ramadhan...kita akan dapati mesti ada majlis Tadarus Al-Quran ataupun Khatam Al-Quran. Pada setiap kali itu juga, kita lihat ramai manusia berduyun-duyun dan berlumba-lumba dengan pulunnya untuk mengkhatamkan Al-Quran. Sememangnya tilawah, tadarus dan khatam Al-Quran adalah amalan yang mulia tambahan pula ia dilakukan dalam Bulan Ramadhan. Amat mulia amalan tersebut! Jadi, kat mana sebenarnya mereka tersalah?
Yang silapnya, ramai yang membaca dan bertilawah..tetapi ramai juga yang tidak cuba memahami apa yang mereka baca. Ha...di sinilah KEBAIKAN diiringi KERUGIAN! Dah jelas kan??..=)
Silapnya manusia, mereka secara pulun menghabiskan bacaan Al-Quran..tetapi sayangnya tidak cuba fahami apa yang dibaca berulang kali itu pada setiap tahun. Bacaan  mereka itu seperti satu silibus yang perlu dihabiskan tetapi tetap tiada manfaat.  Kerana itulah segelintir sahaja yang mendapat status TAQWA apabila berakhirnya Ramadhan. Jika ini berterusan, makam semakin ramailah manusia akan melencong daripada matlamat asalnya iaitu mendapat TAQWA dalam bulan Ramadhan (seperti yang terdapat dalam firman Allah SWT di atas).
           

PENERBANGAN YANG SIA-SIA..

perjalanan yang tidak membawa hasil

Keadaan umat Islam diatas bolehlah di analogikan kepada sebuah penerbangan yang sia-sia. Kerana apa?? Kerana... walaupun telah menaiki pesawat yang betul (Ramadhan Airlines), walaupun telah tahu dengan jelas ke manakah arah perjalanan (pulau TAQWA), namun kompasnya ( Al-Quran).. tidak ada siapa pun tahu menggunakannya dan memahaminya..itulah perumpamaannya. Mana mungkin pesawat tersebut akan sampai ke pulau TAQWA jika perjalanannya tidak diketahui dan tidak pasti kemanakah arah tujunya.
Begitu jugalah dalam memahami Al-Quran.. mana mungkin kita akan menggapai tahap TAQWA jika Al-Quran yang bertindak sebagai petunjuk tidak kita fahami dan tidak digunakan..betapa sayang dan terlepasnya!!


MAKE A CHANGE!!


Jadi, sempena Ramadhan tahun 1431H yang mulia ini, yang tinggal beberapa hari sahaja lagi..aku menyeru kepada diriku dan sahabat2 sekalian untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Tilawah itu sudah baik dan bagus..tetapi memahami dan mengamalkan apa yang terkandung dalamnya adalah lebih mulia dan lebih mendekatkan kita kepada TAQWA. Jadi, jom lakukan perubahan!!!
Akhir sekali, semoga kita yang sedang berada dalam pesawat Ramadhan Airlines sekarang akan sampai ke tempat yang dituju iaitu pulau TAQWA. Ameen!!

·         Ini adalah sebahagian daripada intisari khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr Danial Zainal Abidin, salah seorang tokoh agama tanah air pada hari semalam  ( 3 September 2010 - 24 Ramadhan 1431H di Masjid Gelugor, Pulau Pinang)
·         Apa yang baik, silakan amik dengan pulunnya!!

Baca, Faham dan Amal~


Gud bye!!
Tata!!
Assalamualaikum!!




7 ulasan:

Abu Saut berkata...

salam..
entry yang baik akhi..nmpak nya smakin lama smkn bagus..ni da lawan tokey ni..hahahha

ShuQi berkata...

mmg mnarik
abu saut t'cabar 2..haha

ibnu Abdul Wahab berkata...

Salam ya akhi..wah..berblog skang..bagus2..teruskan dakwah akhi

ProFaz berkata...

salam..ruginya tak pergi masjid gelugor hari tu. hazman ajak gi masjid tmn tun plak. Khutbah macam nk pi ambik lesen L plak kat tmn tun. Cerita kaedah2 mmandu..garisan bkembar..jgn mmotong..ikut had laju..bla..bla..
Adusss...

Salam Abdullah berkata...

Salam akh.. mabruk2.

Ntara tujuan ana berblog, utk mantapkn diri n tingkatkn softskill. Drpd kita tulis bnda yg xtau apa, baik kita gunakan utk sebarkan kalimah Allah. Menyelam sambil minum air. Sebab itu wujudnya ..Dan kalimah Allah itulah yang tertinggi..

Mabruk2. Semoga tinta kita tak kering mecalit n mnyebarkan KalamNya.

Teruskan usaha akh! (:

*Utk petikan Quran, biasanya ana copy dari web ni. Nampak kemas sket. http://quran.com/

ibnualizai berkata...

tenkiu salam...=)

penjejak redha ilahi berkata...

salam sheikh....
wah..udah ader blog nmpaknya dyer....hehe...harapnya kita dapat suatu perkongsian yg bermanfaat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...