salam

banner

Isnin, 2 Mei 2011

Antara cantik dan kemek??


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Po kabo bro & sis sekalian??=) 
harap sehat2 la na...

Tajuk aku punya post kali ni "Antara cantik dan kemek??". Cube anda teka, apakah yang cantik dan apakah yang kemek tu?haha

Sini aku nak bawak satu cerita....
Bermulalah kisah,,,
Setiap petang aku akan ke padang institut untuk bersukan (nampak sgt mnipu..haha).
Selepas letih bersukan, aku bergegas menuju ke kedai One Stop untuk membeli air minuman  kegemaranku, 7up. Sebaik masuk ke dalam kedai langkah kakiku terus menuju ke arah peti ais. Dalam peti ais tersebut, terdapat 2 tin air minuman 7up sahaja. Satu kemek dan satu lagi cantik elok bentuknya. Aku terus menarik pintu peti ais tersebut untuk mengambil tin minuman yang cantik dan elok dengan membiarkan tin yang satu lagi (yang kemek) keseorangan disitu (xlaku2..huhu). 
cerita tamat~!!






Mesti hangpa semua pelik kan? Kenapa crita ni pendek je? dah la xde klimaks pun...hehe

Cani, cerita yang aku bawakan diatas sebenarnya adalah satu analogi seni dalam berdakwah. 
Mesti hangpa bertambah pelik, apa kaitan dakwah dengan tin minuman yang kemek dan cantik tadi??

Tin elok dan cantik bentuknya..


Tin yang kemek sudah..


Sebelum aku terangkan semuanya, aku ingin tanyakan beberapa soalan kepada hangpa semua..boleh dak???=)

kalu hangpa semua perhatikan, antara dua tin minuman tadi kenapa aku pilih yang bentuknya elok dan cantik? knapa x pilih yang kemek? Sedangkan dua2 tu boleh menghilangkan dahaga dan letih aku. Malah isipadu dan harganya pun tetap sama. kalu hangpa pun, aku yakin hangpa semua akan pilih yang cantik punya~!! kan? kan? kan?=D
jawapannya sudah tentulah kita memilih yang lebih sempurna dan kena dengan jiwa kita..

Begitulah juga dalam berdakwah...
tengok kat sini jap...

cuba anda bayangkan, di hadapan anda tercegat 2 orang pemuda yang tidak anda kenali(A&B) yang ingin mengajak anda ke surau atau membuat benda2 yang baik.
*Pemuda A mengajak anda dengan menggunakan suara yang garang, mempamerkan urat muka yang tegang dan kata-kata yang sinis, membuatkan anda makin malas nak mengikut apa yang dia katakan.

*Pemuda B pula megajak anda dengan mempamerkan wajah yang tersenyum, mempamerkan akhlak yang baik dan kata-kata yang baik.



                
Pemuda A





Pemuda B








Antara dua pemuda tersebut, yang mana anda pilih???
Sudah tentu pemuda B kan? kenapa x pilih pemuda A? bukan ke apa yang mereka seru itu adalah point yang sama sahaja(solat)..cuma caranya sahaja yang berbeza..
Apa lebihnya pemuda B dengan A? 

itulah sebabnya aku bawakan ceritakan tin minuman diatas...
cube tgk cini...

          * Tin kemek = Pemuda A (kurang hikmah dalam dakwah)

        * tin elok + cantik bentuk = Pemuda B (orang yang berdakwah dengan menggunakan kaedah yang bijaksana dan kena dengan jiwa manusia yang ingin dia dakwahkan.



Kita memilih yang lebih cantik dan elok serta kena dengan cita rasa kita kerana sememangnya sifat kita sebagai manusia lebih menyukai yang sempurna daripada yang terdapat kekurangan.

Jadi kesimpulannya, jika kita sebagai pendakwah A jangan salahkan orang lain jika dakwah kita tidak diterima. Salahkan diri sendiri kerana cara yang tidak berhikmah. Berubahlah supaya lebih berhikmah dan berseni dalam berdakwah. 

Surah An-Nahlu, ayat 125 :

16:125

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"

Semoga kita menjadi 'tin minuman' yang elok bentuknya supaya sentiasa diterima dan dipilih oleh pembeli2 macam aku ni...=D

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh1
Senyum=D


2 ulasan:

Syuaib Supani berkata...

Stuju dengan abe abdillah..its concept just like my post about chocolate manufacturer..innovate our dakwah!

http://alpha-care.blogspot.com/2010/03/coklat-coklat-coklat-generasi-mts.html

mia Olive berkata...

simple analogy..tin=dakwah, but very deep meaningful advices to all.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...