salam

banner

Rabu, 1 September 2010

Idolaku..insyaALLAH idolamu..









السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam 1 Agama...Salam 1 Ukhuwah..dan Salam 1 Aqidah!! 

Alhamdulillah...setinggi2 kesyukuran aku angkatkan kepada Allah Azza Wajalla...sbb dengan limpah kurniaNYA aku ade kesempatan untuk menulis lagi... Segala puji bagi ALLAH...Selawat dan salam kepada nabi yang kita sanjung & muliakan, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang dirahmati ALLAH selamanya...





Rasulullah SAW pernah bersabda, 

اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلَاق
Maksudnya : "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak"
Pada kali ini, aku akan bercerita tentang Dia yang aku cintai & sanjungi..kerana apa aku bercerita tentangnya?? kerana AKHLAKnya amat memikat hati aku. Sesiapa pun akan tertarik dan menghormati kepada mereka yang berakhlak mulia, meskipun dia hanyalah seorang yang miskin dan tidak berduit. Begitu juga dengan dengan diri aku. Jadi, kerana itulah aku menulis tentangnya sebagai pengajaran untuk dikongsi bersama.


Dia yang aku maksudkan di sini, si Dia  seorang yang sangat baik dan sangat berakhlak.. akhlaknya sangat mulia... bagi aku, akhlaknya seakan2 Khalifah Umar bin Abdul Aziz...seorang pemimpin Islam suatu ketika dulu. Pada tahun 2009, Dia diletakkan dalam senarai 50 tokoh Islam berpengaruh dalam dunia dan namanya juga telah terukir dalam buku yang berjudul "The 500 Most Influential Muslims". Sekarang beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar...Beliau amat menjaga kebajikan rakyatnya... disebabkan itu, beliau aku amik sebagai salah seorang idola aku selain Nabi Muhammad S.A.W...nak tau  sape dia ni? cube teka?? he3...Beliau ialah..... Tuan Guru Nik Abdul Azizi Bin Nik Mat, Menteri Besar tempat aku lahir, Kelantan Darul Naim....









Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
- ni lah orangnya-


Biodata beliau...
Beliau dilahirkan pada atahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu ( 7 tahun selepas jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniah-1924 ). Beliau mempunyai 9 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak yang kedua. Sekarang beliau telah mempunyai anak seramai 10 orang, 5 lelaki dan 5 perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan isterinya, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak.

Sifat peribadi..


Tuan Guru Nik Abdul Aziz lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru di Kelantan. Walaupun beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar..beliau tetap mengamalkan sikap zuhud dan warak. Ini yang membuatkan aku amat respect kepada beliau..Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban walaupun ke pejabat.


Sebagai seorang Menteri Besar bagi negeri Kelantan, beliau ada menerima sebuah kediaman rasmi. Tetapi beliau menolak untuk tinggal di kediaman tersebut.  Kediamannya sekarang hanyalah sebuah rumah kayu seperti kebanyakan rumah yang terdapat di Kelantan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali bahkan tidak ada seorang pengawal pun yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan beliau semasa berada di rumah. Hidupnya tidak ubah seperti rakyat biasa.
Kediaman seorang Menteri Besar yang tidak ada bezanya dengan kediaman rakyatnya, bahkan rakyatnya hidup lebih mewah daripada beliau.

Kisah-kisah kezuhudan beliau.. 

Beliau amat takut dan sentiasa berhati2 dalam menggunakan duit rakyat. Sehinggakan terjadi satu kisah, apabila beliau ingin melakukan solat dhuha di pejabatnya, beliau akan melakukannya dalam keadaan bergelap kerana beliau tidak mahu menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadinya. 
Satu lagi kisah yang boleh kita kongsi dan amik pengajaran bersama ialah (setahu aku) beliau mempunyai pen yang khusus untuk kegunaan peribadinya. Beliau tidak sekali-kali akan menggunakan pen kerajaan untuk kegunaan peribadinya. Itulah mulianya seorang ulama' yang mengamalkan ilmunya serta takut kepada Tuhannya. Tok Guru sekarang masih aktif menyampaikan ilmu-ilmu kepada rakyatnya walaupun dirinya semakin uzur kerana mempunyai masalah jantung, darah tinggi dan gastrik. namun semua itu tidaklah melunturkan semangat beliau dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Beliau pernah berkata,
 "Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan"

ok, sebagai penutup..saya berdoa semoga Tok Guru terus berjuang dalam mengharapkan redha ALLAH SWT tanpa rasa jemu dan bosan..aku juga berdoa semoga ada yang akan mewarisi beliau dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.. amiin!!


-Pelajar Sulung PA IPG Kampus P.Pinang-
" aku doakan semoga semua kawan2ku akan menjadi pejuang Islam suatu hari nanti"

sama jgk ngan kamu semua..




" Ya Allah!
Ampunkanlah segala dosa kami..
Berikanlah kekuatan kepada kami..
 dalam melawan nafsu kami yang amat degil dan buas ini..
Berkanlah kekuatan kepada kami...
Dalam menegakkan kalimahMU di atas muka bumi ini..
Jadikanlah kami..
Hamba-hambaMu yang soleh dan solehah..
Musleh dan Muslehah..
Ameen..."


-TAMAT-
salam

4 ulasan:

aminaim berkata...

ameen....
teruskan berblog...

ShuQi berkata...

coretan yg bernas..
truskn usaha enta..

ShuQi berkata...

emm...byk typo ni...
arap ambil perhatian ye..
mf kalo traso..huhu

ibnualizai berkata...

ni orag kate skill dlm pnulisan..saje wak typo..hu2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...