salam

banner

Sabtu, 27 November 2010

Ape khabar solat kita???



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      Satu soalan untuk diri....bagaimanakah solat kita? sahkah? apakah tujuan kita solat?kerana manusia@ kerana kebiasaan solat daripada kecik@ kerana boring@ kerana terikut2@ kerana solat tu mmberi kesihatan@ btul2 kerana ALLAH Taala...? Cube kita muhasabah balik..apakah niat kita sepanjang kita lakukan solat sejak baligh lg...


       Sebagai renungan, jom layan video kat bwh ni...bg aku video ni mnunjukkan betapa ikhlasnya mereka...layan~!! (solat dimana2)




Apa komen anda??
 Dalam video ni mnunjukkan mereka solat walau dimana pun mereka berada..kt masjid, tepi jalan raya, atas kereta api, dan byk lagi. Semuanya boleh dijadikan tempat solat asalkan diri kita, pakaian kita dan tempat solat itu suci dan bersih...
suasana mcm masih belum ada kt Malaysia kan?he2
insyaALLAH suatu hari nnti...akan ada.
Semuanya bermula daripada kita..=)



Sebelum aku nokhtahkan post ini...sama2 kita layan mutiara firman Allah taala surah Al-Ankabut ayat 45 :

29:45

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(45)

      

               Ingatlah solat itu bukan sekadar kewajipan kepada kita sbg hambaNYA, bukan sahaja suruhan daripada Rasulullah, bukan sahaja sebagai ajaran agama yang mulia, bahkan solat merupakan simbol ketaatan, kesetiaan, serta perhambaan kita sebagai hamba kepada ALLAH tuhan kita...
              Jd moral of the story ialah :
             (1) jaga solat molek2 (sungguh2 jaga solat kita dr segi sah batalnya dan kesempurnaannya)
             (2) ikhlaskan niat- rugi oww klu x ikhlas ( bertahun2 usaha, last2 x de ape...)
             (3) byk khasiatnya. contoh dpt cegah drpd melakukan maksiat, sehat tubuh badan, erat silaturrahim dan banyak lg...! (rebutlah peluang, jgn sampai terlepas na..)
          

ok, Assalamualaikum..
*senyum sokmo=)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...