salam

banner

Sabtu, 29 Januari 2011

Sahabat...Jangan Engkau Kalah!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


      Sudah lama sangat aku tak update blog ni.huh! =) Kali ini ingin aku kongsikan sedikit tentang kami. Banyak peristiwa yang berlaku sejak akhir tahun lepas sehingga sekarang yang mana semuanya meruntun hati. Aku terinsaf dengan apa yang terjadi di sekelilingku termasuk apa yang terjadi pada sahabatku...









Ku dongak ke langit biru,
hatiku sayu,
ku toleh ke laut biru,
bayu lembut menerpaku,
menarikku ke dunia dulu

kenangan lalu, 
membuatkan ku tersedu,
air mata terus berderai laju,
kerna khilafku,
pada dirimu,

diam kamu,
ku tidak ambil tahu,
kerna yang ku tahu,
cuma aku, aku dan aku, 
bukannya kamu,
tanpa terdetik di kalbu,
untuk tahu,
apa yang tersimpan ditabir hatimu


Tapi, 
sekarang ini,
inginku kau mengerti,
sesal di hati ini,
sayu di hati ini,
sedu di hati ini,
buatkan aku tidak henti,
melafazkan sepenuh hati, 
agar engkau terus dirahmati,
sedar diri,
bersama kami,
terus berdiri,
di dunia realiti
wahai sahabatku siti... 


Sahabah,
jangan engkau kalah,
perlu engkau tabah,
semangatmu janganlah kebah, 
jika engkau rebah,
kami disisi untuk memapah,
susah menjadi mudah
untukmu Ummirul Syahirah


Ya ALLAH Ya Rabbi,
dosanya.. Kau ampuni,
dirinya..Kau rahmati,
sunyinya dia.. Kau ada disisi,
mendengar doa ini,
agar diri Umi,
terus disayangi,
ameen

-ibnualizai-
3.40 petang

    
    Aku hasilkan sajak ini kerana terkenangkan sahabat perempuanku (classmate), Siti Umirul Syahirah bt Abdul Wahid yang sekarang sedang terlantar koma di hospital semenjak 3 minggu yang lalu kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. 
   Jadi, ingin aku serukan pada kalian pembaca yang budiman, teruslah berdoa padaNYA supaya dirinya kuat untuk terus hidup bersama kami..
   
    Teringat aku pada satu sabdaan Nabi Muhammad S.A.W..
     "Dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : Terdapat 5 doa yang pasti diterima doanya..
1) doa orang yang dizalimi, selagi dia tidak ambil tindak balas atas orang yang menzaliminya.
2) doa seorang yang haji selagi dia tidak kembali ke kampung halaman.
3)  doa seorang mujahid selagi dia ada di perbatasan.
4)   doa seorang yang sakit sebelum sembuh.
5) doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain di belakangnya, yang dilakukan secara sembunyi.
Selanjutnya baginda bersabda : antara doa2 tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara sembunyi."

-riwayat Baihaqi-

Surah Ghafir, ayat 60

40:60

 "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."


ok, cukup dulu
assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
-ibnualizai34-

senyum=)


13 ulasan:

ShAwN berkata...

semoge umi cepat sembuh...^_^amiin...

btw,hebat gak bersajak naa...boleh buat persembahan nie...hehe

ibnualizai berkata...

semuanya urusan ALLAH...
apa yang ditentukan ALLAH adalah yang paling baik untuk kita..
Dia Maha Tahu..
kita pula maha jahil dan tidak tahu...

-Mai- berkata...

sedihnye..harap umi kuat..insyaAllah dia xkan kalah..bca sajak ni tingat msa kt sekolah ngan umi dulu..mkn spinggan..tdo sebantal..rsa rindu nak tgk dia mcm dulu..rindu nak wat sume tu ngan umi lg..=((

ibnualizai berkata...

tu lah...walupun dia duk dlm kelas tu senyap je..tp itulah yang aku nk...
umi yang senyap tu ada balik duk ngan kami...tp apakan daya..
perancgan ALLAH mengatasi segalanya..

GigiWangi berkata...

touching.

semoga Ummi kuat untuk teruskan hidup.

kadang-kadang, apa yang jadi dekat orang sekeliling, boleh belek balik hati kita yang ada banyak tompok hitam ni.

Tanpa Nama berkata...

cb pikir sjenak klu kita brada ditempatnya skg..
adakah sama ktabahan kita dgn umi...
100% kita mesti salahkanNYA kan?..

..beprasangka baiklah kepadaNYA, ssungguhnya Allah xkan mguji Umatnya tanpa menggantikan dgn Ganjaran...

ibnualizai berkata...

gigiwangi & tanpa nama : btul tu! spt yg saya katakan.. perancgn ALLAH adalah yang terbaik untuk smua hambaNYA..x kira sapa..
cuma terserah kat kita nk trima ke x...
اللهم يسرلنا ولا تعسر علينا وتمم بالخير!!

_cikna_ berkata...

semoga ummi kuat dan terus tabah..sememangnya keadaan dia telah mngajar insan sekelilingnya erti sebuah kehidupan..sekelip mata, Allah mampu mengubah segalanya...

Berdoalah untuk kebaikan ummi..semoga diri ni juga mampu melakukan perubahan yg terbaik dlm diri.

Tanpa Nama berkata...

salam..tggu sajak dr sye plak juga brkaitn sahabat kita.. cuma ad sdikit pmbtulan..enta lg lju dillah..tp sjak sy xbleh lwan dillah..=)

Kiasan Hidup berkata...

Assalam...sy ada dgr gk kisah ummi dr kwn2 i4p..
camna keadaan ummi skg ni?
mudah-mudahan ummi cpt sembuh n tabah harungi sume ni..

Kiasan Hidup berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ibnualizai berkata...

kiasan hidup : untuk pengetahuan sedare sedari..siti umirul syahirah telah kembali ke rahmatullah pada 15 jun ai tu..hari rabu jam 4ptg..
allahummaghfirlaha war hamha wa 'afiha wa'fu 'anha...

Kiasan Hidup berkata...

AL-FATIHAH..semoga rohnya aman dan ditempatkan dalam golongan orang-orang soleH..amin
>>Sem0ga kekuatan terus mengiringi kalian semua...
t.kasih saudara ats jawapannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...