salam

banner

Khamis, 29 Mac 2012

"Kahwin Itu Indah"


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Bismillah..

MUQADDIMAH

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 dengan apa yang Allah telah berikan kepada aku…termasuklah satu idea yang akan aku kongsikan dengan semua adik-bradik aku, tengtawan dan kengkawan aku…=)
Untuk memahami apa yang ingin aku katakan…ada baiknya terlebih dahulu memahami situasi di bawah ini…

(ini hanyalah situasi yang direka untuk memudahkan idea yang ingin disampaikan. Dengan penuh rendah hati, saya mohon maaf atas kekurangan)


                     




SITUASI 1

“Khairy, 21 tahun, sekarang sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah IPT di Malaysia-seorang remaja kampung yang bercita-cita untuk menjejakkan kakinya ke bumi Mekah pada hujung tahun 2013 bagi mengerjakan HAJI. Masalah kewangan merupakan masalah yang agak ketara baginya. Disebabkan keinginan yang terlalu tinggi, dia sanggup mengorbankan masanya dengan bekerja di sebuah kedai dengan mendapat gaji sebanyak RM 35 sehari.”
Itu kisahnya. Jadi disini, saya ingin tanyakan pada sedare dan sedari sekalian.
Apakah pandangan yang PERTAMA-TAMA sekali yang terhentak di minda kalian??
A)     Waaa…bagusnya dia ni…! (positif)
B)     Adoi…umur muda lagi..ada angin nk pegi haji.. (lebih kepada negatif-lebih memikirkan khairy ni masih tidak bersedia untuk melakukan haji berseorangan)
Sila jawab
.........
        Antara dua pilihan jawapan di atas, saya yakin ramai antara kalian malah mungkin semua sekali akan memilih jawapan ‘A’.  Betul atau tidak?? Jawab sorang-sorang dengan suara yang lantang…he3 (tolong ingat jawapan sekejap, di akhir nanti saya akan dedahkan penyelewengan pemikiran kita…=D)
Okey, sekarang jom beralih kepada situasi yang kedua. Sila hayati.

SITUASI 2

“Zul Khairy, 21 tahun, sekarang sedang melanjutkan pengajian di salah sebuah IPT di Malaysia-seorang remaja kampung yang bercita-cita untuk berkahwin pada hujung tahun 2013. Masalah kewangan merupakan masalah yang agak ketara baginya. Disebabkan keinginan yang terlalu tinggi, dia sanggup mengorbankan masanya dengan bekerja di sebuah kedai dengan mendapat gaji sebanyak RM 35 sehari.”
Sekali lagi, sila jawab dengan seJUJURnya.
Apakah pandangan yang PERTAMA-TAMA sekali yang terhentak di minda kalian??
A)     Waaa…bagusnya dia ni…! (positif)
B)     Adoi…umur muda lagi..GATAL nk kahwin.. (lebih kepada negatif-lebih memikirkan Zul khairy ni masih tidak bersedia dan mengada-ngada untuk berkahwin kerana faktor umur)

Sila jawab.
      Antara dua pilihan jawapan di atas, saya yakin ramai antara kalian malah mungkin semua sekali akan memilih jawapan ‘B’.  Betul atau tidak??

PERSOALAN
Apakah yang membezakan jawapan antara dua situasi tersebut?

JAWAPAN
Adat pemikiran kita-maskudnya kebiasaan orang-orang di sekitar kita berfikir (termasuk kita).


PENDEDAHAN EKSLUSIF!! =)

Walaupun tak ekslusif sangat pun, tetap saya akan dedahkan antara salah faham ataupun penyelewengan dalam pemikiran kita.
Sebagai muslim, tidak seharusnya kita membezakan antara dua situasi tersebut. Kerana kedua-dua situasi tersebut mempunyai titik persamaannya pada sudut pandangan Islam. Apa yang samanya??
            Hakikatnya, kedua-duanya adalah IBADAH kepada Allah Taala. Saya yakin untuk situasi yang pertama, ramai daripada kita yang berfikiran Khairy adalah seorang yang bagus dan mulia kerana beliau berusaha dengan susah payah untuk mengerjakan ibadah. Malangnya, untuk situasi yang kedua, tidak ramai yang berfikiran sedemikian.
            Apakah menjadi kesalahan si Zul Khairy ni berusaha untuk berkahwin?? Dengan usahanya yang bersungguh-sungguh dan bekerja seharian dengan susah payah?? Salahkah dia mempunyai perancangan sebegitu?? Pada saya, beliau tidak salah malah beliau sedang melakukan perkaran yang sangat MULIA.
           

KONKLUSI

Tahukah kalian, sebenarnya Zul Khairy bukan hanya berusaha dengan mengumpul duit sahaja. Malah beliau juga sedang berusaha meningkatkan ilmunya samada Ilmu Agama dan ilmu-ilmu yang akan diguna pakai ketika alam perkahwinan kelak. Pada pemikiran beliau, berkahwin bukanlah perkara main-main dan memerlukan persediaan yang secukupnya.
            Tahukah kalian, dengan perkahwinan akan melahirkan ulama’-ulama’ yang akan menggenggam  dunia dengan ilmu mereka??  Tahukah kalian, dengan perkahwinan juga akan melahirkan mujahid-mujahid yang akan meng’ISLAM’kan bumi kita ini?
            Disebabkan itu, saya menyeru kepada sahabat-sahabat, jangan memandang remeh soal perkahwinan dan jangan juga memandangnya hanya sekadar memenuhi keperluan fitrah semata.
Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah kita mestilah mengubah cara kita berfikir berkenaan dengan hal perkahwinan. Perkahwinan juga adalah satu perbuatan yang boleh dijadikan IBADAH, bukan hanya satu perlakuan yang hanya memenuhi fitrah. Cuma, terserah kepada kita untuk menentukannya adakah ia Ibadah ataupun hanya sekadar Adat. Jika tersalah niat, Ibadah akan menjadi Adat.

Firman Allah Taala :
51:56




maksudnya :
" Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." ( Azzariat, ayat 56)

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa kita mestilah memastikan setiap perlakuan kita dalam seharian adalah IBADAH. bermula daripada kita membuka mata sehinggalah kita buka mata sekali lagi. Ini kerana, itulah tujuan penciptaan kita sebagai manusia seperti yang terdapat di dalam ayat di atas. Sekiranya kita tidak menjadikan setiap perlakuan kita adalah Ibadah, jadi apa bezanya antara kehidupan kita dengan kehidupan orang bukan Islam?? Jadi, ubahlah pemikiran dan lakukan perubahan amal bagi mencapai keredhaan Allah Taala.

Bermula dengan diri kita
solat dijaga,
 akhlak terpelihara,
ilmu penuh di dada
melangkah dengan redhaNYA
AYUH!! UBAH DUNIA!!

-Transformasi Minda, Revolusi Ummah-

Senyum =)
Wassalam..

(ini hanyalah sebuah perkongsian minda oleh penulis.Oleh itu, jika ada yang tidak bersetuju boleh abaikan, jika ada kesalahan fakta, sila nyatakan. dan jika  bersetuju, sila angkat tangan!! =D)

5 ulasan:

Mn Salam berkata...

Jazakallah kheyr sahabat.

Gaya penyampaian dan penulisan yang menarik. Semoga kita semua terus mampu berfikir dan menyumbang idea utk masyarakat.

:)

Tanpa Nama berkata...

betul tu. dan inilah yang kita istilahkan sebagai " pemikiran tipikal " sesebuah masyarakat.



p/s : nape dua2 contoh tu umurnya 21 ? haa :)

ibnualizai berkata...

napa dua2 tu 21?
........
(pkir scr tipikal)..he3

mia Olive berkata...

mengapa akak rasa post ini menarik?
1. mula dengan contoh dahulu.
2. pembaca mula berfikir dan buat
perbandingan.
3. Jawapan buat pembaca faham.
Terima kasih atas contoh yang relevan itu.

Unknown berkata...

kahwin awal amat digalakkan dlm Islam bg mengelakkan berlaku maksiat hati dan mata..tak slh kalau kita memikirkan utk berkahwin di usia muda...semakin ramai khalifah di bumi, semakin maju umat Islam di dunia...=]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...