salam

banner

Rabu, 7 Mac 2012

Atuk...Masa tu Atuk Duk Buat Ape?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillah..

Satu situasi...

Tahun 2052. Keadaan dunia aman dan makin maju. 
Di satu tempat di Malaysia, kelihatan seorang yang telah berumur sedang dikelilingi oleh beberapa orang remaja sekitar belasan tahun. Jelas terpancar kesungguhan pada riak muka  mereka yang sedang khusu' mendengar hikayat daripada orang tua itu mengenai sejarah yang telah di laluinya sewaktu ketika dulu.




Atuk       : banyak yang berlaku peristiwa masa tu, atuk masa tu duk belajar kat IPG Kampus Pulau Pinang. Tahun tu memang banayak berita-berita yang mengejutkan. Bukan hanya di negara kita, malah di seluruh dunia. Contohnya, kalau di Syria, Mesir, Libya, Tunisia dan banyak tempat lagi di luar negara yang bergolak teruk kerana rakyat mereka bersatu hati menolak pemerintah mereka yang zalim masa tu. jadi, berlakulah peperangan antara mereka sendiri kerana nak menegakkan hak masing-masing. Kalau di Malaysia pula, pelbagai isu berlaku masa tu, antaranya isu murtad, ajaran sesat, perhimpuan BERSIH, perhimpunan HIJAU, demo Kebebasan Akademik dan macam-macam lagi. 

Cucu 1     : owhh...cantu sekali ek? alhamdulillah, syukur kan sebab kita hidup di zaman     sekarang...kalau tak, tak tau la...

Cucu 2        : fuuu...tak tau kalau kita hidup masa tu...jd cane tak tau

cucu 3     : yup...tapi kan atuk, masa tu atuk duk wak pa? apa atuk buat masa tu untuk bersama-sama dalam isu waktu tu?

atuk            :.....erk,, (tak tau nak jawab apa?)

nenek         : duk cini rupanya cucu-cucu nenek...jom naik makan dulu..nati malam atuk kamu tu citer lg...(beriya-iya)

cucu2           : urm...ok nek

atuk             : fuuuu....(sambil urut dada-lega)

-TAMAT-





Situasi diatas sengaja direka untuk sama-sama kita fikir. 
Pelbagai isu dunia yang berlaku sekarang di depan mata kita. Samada isu di dalam negara mahupun luar negara, paling kurang ia memang melibatkan diri kita sebagai salah seorang daripada entiti masyarakat sekarang. Persoalannya cuma, apakah sumbangan kita dalam menangani isu yang ada di depan hidung kita ni? 

Cuba bayangkan  kita adalah Atuk dalam cerita di atas. Apabila ditanya oleh cucu mengenai sumbangan...kita diam tidak berkata. Itu belum lagi ditanya di akhirat kelak oleh Allah Taala. ketika itu bergema soalan,"sewaktu muda, apa yang kamu lakukan??"
ataupun kita menjawab dengan selamba je depan cucu-cucu kita,
"masa tu atuk duk sibuk belajar, tak buat apa pun...belajar je la"
"owh..haha, masa tu atuk duk cibuk ngan racing moto, biasalah zaman muda2 kan..."
"masa tu, atuk sibuk bekerja nak cari rezeki...xsempat amik tahu sgt, juz baca paper mcm tu ja..."
Adakah skrip2 jawapan seumpama ini yang akan kita tuturkan di hadapan orang-orang yang akan datang..??
Pada saya, agak malu sekiranya kita sebagai seorang yang hidup dan bernyawa ketika ini tetapi tidak memberi sumbangan jasa walaupun sedikit.

Atau pun skrip jawapan seumpama ini yang akan kita gunakan di masa hadapan.

"Owh, masa tu atuk la yang imamkan solat hajat utk Syria!"
"Masa tu, atuk la yang duk pegang sepanduk dengan kawan-kawan atuk dalam perhimpunan tu"
"Cuba buka buku sejarah, tengok nama siapa yang ada dalam tu ketika masyarakat sibuk membahaskan cara untuk menyelesaikan isu murtad kat negara kita...nama atuk la tu..he3"

Pada saya, jawapan ini adalah lebih baik!!

Di sini, bukan saya nak menyatakan soal berbangga dengan usaha yang dilakukan. Tetapi soal adakah kita terlibat sama dalam memberi sumbangan dalam selesaikan isu-isu semasa yang melingkari diri kita sekarang. Sejauh mana kita mengikuti isu2 sekarang.
Sedarlah sahabat, kita merupakan salah seorang yang berada dalam dunia yang sama, hirup udara yang sama dan berpijak pada bumi yang sama. Adakah kita ambil sikap tidak peduli apabila berlaku satu masalah di tempat kita mahupun di tempat orang? adakah kita hanya termasuk dalam golongan yang tengok sahaja?? Nanti di depan Yang Maha Agung, apa jawapan kita wahai teman?? Adakah kita masih tersenyum ketika itu??

Pesanan saya, lakukan sesuatu untuk diri kita sendiri dan untuk ISLAM semestinya. Gerakkan kaki-kaki kita, gerakkan tangan2 kita, gerakkan otak yang berharga kita dan bagi lah sumbangan walau 
sekecil cuma. Jangan lupa untuk menggunakan kemahiran masing2 untuk meninggikan Islam. Usahamu akan dihargai kelak. Meskipun hanya sebaris ayat di wall facebook kita, itu tetap satu jasa daripada kita. Yang penting, kita melakukan sesuatu yang mampu mengubah keadaan diri dan masyrakat kita yang semakin teruk sekarang.

Ayuh, lakukan sesuatu segera!! Aku pasti jasamu itu pasti menjadi perbualan di mulut para makhluk langit sekiranya kamu melakukan dengan ikhlas..insyaALLAH=)

74:1


74:2


74:374:474:5













Maksudnya :
"Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).(2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (4)
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.(5)"

(surah al-muddassir, ayat 1-5)

Wallahu a'lam
senyum =)

Assalamualaikum Warohmatullahi Wa Barokatuh!

3 ulasan:

khairul naim jaafar berkata...

ana: tukwan masa tu belajaq skali dgn tun 'abdillah al-hafiz, piem kita sbelum ni. kat al-hafeez centre, dulu orang panggil pulau pinang. sempat la amik sikit2 ilmu dengan dia...

cucu 1: whoaaaaaaa...

cucu 2: uisy hang ni, over action plak. tak payah laa sampai ternganga luas2 camtu. :)

ibnualizai berkata...

ana: tukwan masa tu belajaq skali dgn tun naim al-banjari, piem kita skrg. kat al-hafeez centre, dulu orang panggil pulau pinang. sempat la amik sikit2 ilmu dengan dia...

cucu 1: whoaaaaaaa...

cucu 2: uisy hang ni, over action plak. tak payah laa sampai ternganga luas2 camtu. :)

cucu 3 : ok ape

Mn Salam berkata...

Jazakallah Abdillah. :)

Teruskan menulis dan doakan ana untuk terus jugak menulis. Lama dah tak terupdate blog ana tuh. Hehe

Nice one!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...