salam

banner

Selasa, 20 Mac 2012

Satu Perkongsian berkenaan TARIQAH...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Sollu ‘Alan Nabiyy..
Muqaddimah
Alhamdulillah-lafaz syukur kepada Allah s.w.t kerana member peluang untuk berkongsi berkenaan satu ilmu berkenaan salah satu cabang rukun dalam agama Islam. Seperti yang kita tahu, dalam agama Islam mempunyai tiga rukun agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Secara ringkasnya, merujuk kepada hadis kedua dalam kitab hadis Matan Arba’in karangan Imam Nawawi ada menyatakan bahawa mengenai ketiga-tiga rukun agama ini.


Islam di dalam hadis tersebut didefinisikan sebagai amalan-amalan jasadiah seperti solat, syahadah, zakat, haji dan berpuasa. Manakala, Iman pula melibatkan kepercayaan kita kepada Allah, para malaikat, para rasul, kitab-kitab, hari akhirat, dan yang terakhir ialah perihal qada’ dan qadar. Berkenaan pula rukun agama yang ketiga iaitu Ihsan, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa Ihsan ialah :


قال: فأخبرني عن الإحسان ؟ قال : أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك


Intisarinya-melakukan ibadah  menyembah Allah seolah-olah kita melihat Allah s.w.t. Sekalipun kita tidak dapat melihat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita.

Tariqah dan Islam
            Tariqah berasal daripada perkataan taraqa (طرَق) atau tariqa (طرِق) yang mempunyai pelbagai maksud berdasarkan kedudukan perkataan tersebut di dalam satu-satu ayat. Secara ringkasnya, berdasarkan konteks yang kita akan bincang pada hari ini,  perkataan Tariqah itu boleh kita fahami sebagai membawa maksud ‘jalan’.
            Persoalan yang ingin ditekankan disini, adakah Tariqah ini adalah salah satu daripada ajaran Islam ataupun sesuatu yang sesat lagi menyesatkan??
            Jawabnya, terbukti bahawa Tariqah adalah madrasah penyucian jiwa dan ia merupakan salah satu cara ataupun kaedah untuk melengkapkan rukun agama yang ketiga iaitu Ihsan seperti yang dinyatakan di bahagian Muqaddimah di atas. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menjadi sandaran dan dijadikan pegangan oleh ahli tariqat dan tasawuf. Antaranya ayat-ayat yang memerintahkan agar manusia berpaling dari dunia dan menghadapkan diri kepada Allah S.W.T. Seperti yang terkandung di dalam ayat Surah al-Hadid ayat yang ke20.
            Tidak dinafikan bahawa sememangnya wujud tariqah-tariqah yang sesat lagi menyesatkan malah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Namun tidak kurang juga tariqah-tariqah yang sememangnya disahkan selamat dan tidak sesat seperti yang telah difatwa oleh ramai ulama’ sebagai contoh ulama’-ulama’ Azhar. Malah Tariqah turut menjadi amalan sebahagian besar para ulama’-ulama’ dunia dan juga ulama’-ulama’ di Malaysia. Sebagai contoh, seorang mujaddid hebat As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna juga merupakan salah seorang daripada ahli tasawuf dan beliau juga mengamalkan zikir-zikir seperti zikir susunannya sendiri iaitu Al-Ma’thurat. Ini membuktikan bahawa beliau juga merupakan salah seorang ahli tariqah.
            Disebabkan wujudnya tariqah-tariqah yang sesat dan difatwakan haram oleh ulama’, menjadi satu kewajipan kepada kita  untuk memastikan bahawa Tariqah yang kita pelajari adalah Tariqah yang tidak bertentanagn dengan ajaran Islam. Janganlah sekadar mengikut secara membuta tuli sahaja (Taqlid) perlakuan orang-orang di sekeliling kita.
Begitu juga sebagai menjaga maruah kita sebagai seorang muslim, janganlah kita sewenang-wenangnya melabelkan seseorang yang bertariqah itu adalah mereka-mereka yang telah menyeleweng dan telah sesat daripada agama Islam. Menjadi satu kewajipan kepada kita untuk mengamalkan akhlak yang mulia sepanjang kita bermuamalah dengan manusia, tidak kiralah mereka itu muslim atau tidak.

Tujuan Bertariqat dan Bertasawuf

Antara tujuan bertariqat dan bertasawuf di dalam Islam ialah:

1) Mengadakan latihan kerohanian dengan tujuan untuk melawan hawa nafsu (mujahadah), membersihkan jiwa dari sfat-sifat yang tercela dan diisi dengan sifat-sifat yang terpuji.

2) Sentiasa dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah S.W.T. Zat Yang Maha Agong dan Maha Kuasa atas segalanya. Keadaan ini dapat dicapai dengan melakukan amalan zikrullah dan wirid yang disertakan dengan muraqabah .

3) Melahirkan perasaan takut kepada Allah S.W.T. sehingga timbul usaha untuk menghindarkan diri dari segala macam pengaruh duniawi yang menyebabkan lupa kepada Allah S.W.T.

4) Mencapai tingkatan makrifah. Dengan syarat semua ketaatan dilakukan dengan keikhlasan kepada Allah S.W.T.

5) Akhirnya akan mencapai tujuan sebenar dalam kehidupan.

Demikian antara lain beberapa tujuan bertariqat dan bertasawuf. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariah Allah S.W.T. dengan melalui jalan yang menyampaikanya kepada tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh syariat itu sendiri.

Kesimpulan
Ditegaskan sekali lagi, bahawa Tariqah merupakan salah satu daripada ajaran dan amalan Islam. Walaubagaimana pun sebelum mengamalkan Tariqah, menjadi satu kewajipan kepada kita untuk menguasai rukun agama yang pertama dan kedua dahulu iaitu Islam dan Iman. Sekiranya tidak, kita akan menjerumuskan diri kita kepada tipu daya syaitan dalam bertariqah dan sekali gus membawa diri kita kepada kesesatan dalam mengamalkan Islam.
Rumusannya, berhati-hatilah dalam berkata-kata dan beramal dengan melakukan rujukan yang sahih dan tepat melalui ulama’-ulama’ yang muktabar. Semoga Allah melindungi kita daripada syaitan yang dilaknat yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengheret kita bersama-samanya menghuni neraka. Na’uzubillah.
Wallahu a’lam Bissawab

5 ulasan:

ariff berkata...

Fuh, mantap..

miss Tiara berkata...

Fuh, mantap...

Tanpa Nama berkata...

قال: فأخبرني عن الإحسان ؟ قال : أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

ad sikit je ralat. wallahua'lam. sama2 kita kaji lagi tentang tasawwuf dan tariqah, adakah ia benar2 sebegitu khusus hingga ia menjadi satu bahagian tersendiri dalam ajaran islam ataupn semua itu lahir hanya kerana kita tak tahu pn sebenarnya apa ertinya kita sebagai seorang muslim. alakullihal hadith kedua dalam kitab arbain an-nawawiyyah sememangnya penting kerana padanya terkandung tiga rukun, dan juga berita tentang perkara ghaibiyyat iaitu tanda2 qiamat. wallahu a'laa wa a'lam. barakallahufiikum :)

ibnualizai berkata...

terima kasih kepada yang menegur..=)

Tanpa Nama berkata...

sama2 =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...